Operasi Pemutihan Skala Besar Lokasi: Lopak Pak Sas Target: Semua Ketua: Emi NAM Ahli:
Musafir
Panglima - Komandan JPAM
Kang Mas The Legend
Incik Rusli
Wak kawaka eyeh
Incik Wan Le Run
Pak Sas Tokey Lopak
Azizan Sibu-sibu
Albatross
Sinopsis:
Emi NAM cakap ada mangsa kemarau akibat projek empangan hidroelektrik. Mula-mula macam tak caye je. Tapi lepas pi tengok, peh memang kesian seh...
Team JT tak ramai yang boleh join sebab kesibukan meraikan hari Kemerdekaan buat pertama kali. Jadi kene lah rekrut ahli baru secara tiba-tiba dan tiba-tiba jugalah ada yang daftar jadi ahli.
Panglima memulakan operasi dengan bijak dan berani mati. Pastu baru lah sorang dami sorang ahli turun menyelamat.
Mangsa semakin panik lantas terus menjadi semakin tidak tentu arah. Ini memudahkan lagi operasi yang dijalankan secara besar-besaran.
Kegalakan operasi menyelamat semakin tidak dapat dibendung lagi hinggakan anggota penyelamat menggunakan tangan kosong untuk menyelamatkan mangsa-mangsa yang bersaiz sebesar pintu bilik opis Ketua Stesen.
Kang Mas menggunakan segala jampi dan mantera dari Barat Daya Sulawesi bagi melancarkan lagi operasi.
Panglima pula menggunakan jurus 'dari air ke darat' dan berjaya menyelamatkan lebih dari 100 nyawa.
Emi NAM memindahkan beberapa mangsa ke penempatan baru yang dengan siap dibina dalam tempoh yang amat singkat. Tindakan itu walau bagaimanapun telah diambil kesempatan oleh Musafir selang beberapa minit kemudian.
Mangsa-mangsa yang berjaya diselamatkan berjaya diselamatkan kembali kepada bekas-bekas anggota penyelamat. Ada mangsa yang juga selamat disiang oleh Penglima dan Emi NAM.
Total Hasil: 30-40 kilo (kawan tak dapat nak agak sebab banyak sangat...huhu)
Tarikh 1 Mac 2012 diisytihar bukan sahaja Hari Kemerdekaan, malah juga akan diturut dicatat dalam sejarah sebagai Hari Pembebasan Spesis Tersepit. Dengan itu, sebagai mengenang tarikh ini, acara membebaskan spesis tersepit akan diadakan pada 1 Mac setiap tahun berkuatkuasa serta-merta. (Perlembagaan Jiwa Tenang: Bab 3, Bahagian 5)
Ops Menjerat Sampah Lokasi: Kg. Belukar Durian. Target: 2 ekor je Ketua: Kang Mas The Legend Ahli:
Musafir
Emi NAM
Panglima
Albatross
Sinopsis:
Berkumpul di rumah Kang Mas pada pukul 12.00 tengah malam. Setelah berbincang dan menerima taklimat ringkas dari Kang Mas selaku Tekong Otai, tepat jam 1.00 pagi, 2 kenderaan 4 roda bersama 5 ekor kuda mula bergerak ke destinasi.
Singgah sahur di Ehsan Jaya, Kota Tinggi tepat 3.00 pagi sebab dengar loceng jam besar tu berbunyik.
Lepas makan dan carik minyak, pastu terus je ke destinasi. Sampai kul 4.30 pagi.
4.40 pagi, ada yang dah start mancing. Tapi pukul 4.50 pagi semua pakat-pakat tido.
Cuma Kang Mas je mungkin tak tido. Sebab dia yang kejut bangun semua ahli-ahli.
Lepas setting semua kelengkapan, pukul 6.50 pagi, bot bergerak ke lubuk-lubuk berpotensi diketuai oleh Kang Mas.
Tengah hari sampai ke Sg. Potong. Makan tengah hari, masakan Chef Mashodi. Menu nasik + ayam goreng 2 ketul + sayur goreng satu bekas.
Trip berkesudahan pada pukul 6.30 petang.
Gerak balik pukul 7.00 petang. Singgah makan di Ella 2, Bandar Tenggara. Sebelum balik, pembahagian hasil dijalankan.
Jumlah hasil:
Bot 1 (Kang Mas dan Panglima) - 59 ekor
Bot 2 (Musafir, Emi dan Albatross) - 49 ekor
Album:
INFO:- SEWAAN BOT DAN ENJIN DI JETI PAK ATAN (017-7118835) @ Kg. Belukar Durian. Jeti - Sangat baik. Bersih dan kemas. Cuma kecik sikit la kot bila 2 atau 3 bot nak landing serentak. Bot - Sangat baik. Bersih. Dijaga dengan rapi. Cuma berapa jumlah yang ada untuk disewakan tu tak berapa pasti. Enjin - Ada satu je kot. Hehe.. Tu pun Panglima tak puas hati sebab ada problem. Boleh tanya Pak Atan lah kalau ada enjin lain untuk disewakan. Servis - Paling baik. Siap tolong loading barang, pasang enjin, pasang seat dan lain-lain lagi. Kira masuk bot je terus gerak. Harga - 2 Fiber + 1 enjin 2hp = RM70.00 *Call Pak Atan dulu untuk tanya sitausi semasa.
Musafir Jr. bin Musafir ditahan secara aman di Wad Melor 7B sejak semalam. Didoakan semoga Musafir Jr. cepat pulih bagi membolehkan Musafir kembali beraksi dalam operasi yang sedang dirancang.
Ops Mencari Lesen Agung Lokasi : Tunjuk Laut Target : 2 kilo je...cukup la nanti habis Botak marah Ketua : Tiada sebab Botak digantung tugas. Ahli :
Putet
Emi Nam
WB (tp lepas ni nak tukar nama Albatross sebab baru jumpa nama tu)
Sinopsis:
Operasi dirancang sebab:
Putet nak carik lesen bot
Emi tak puas hati sebab operasi yang lepas 4 kuda dia lumpuh
Sebab Botak..tapi tak tau sebab apa...(mungkin sebab petang tadi dia taknak ngeteh dengan aku..hahahah)
Gerak awal gak dalam pukul 6.15 pagi. Sarap dekat port biasa. Berlagak taknak bungkus makanan la konon. Last-last apa pun takde melainkan hanya biskut-biskut kering je...haha..
Sampai jeti Zam, air pasang besar yang amat...rumah Zam pun kene air...nasib baik rumah dia tinggi.
Nak kejut kuda bangun tido punya la payah..mungkin kesan pacuan Botak dalam operasi yang lepas telah memenatkan kuda-kuda tersebut...
Putet diuji dengan pemanduan jauh. Tu pun sebab borang permohonan dia tulis 'Lesen Pemanduan Jauh'..jadi dia kene la bawak kuda-kuda tu jauh ke dalam...
Rupa-rupanya panjang juga sungai sedili tu...kejap kecik, kejap beso, pastu keecik balik, pastu beso balik...
Arus jangan cakap le...kuat dah macam jeram kat Amazon (tak pernah pergi pun tapi tengok dalam TV lebih kurang macam tu le..)
Banyak lagi port-port kat atas tu..Antara port baru yang dijumpai:
Port Lintah
Port Reba Timbul
Port Corner
Port Pakcik Stress
Port Redup
Port Panas
Port Kencing yang selama ini dikuasai sepenuhnya oleh Jiwatenang sungguh menghampakan.
Kaedah operasi agak hard core kerana Putet bukan sahaja mencari lesen bot, malah mencari lesen nan Agung dalam operasi udang yang akan datang...
Tapi macam biasa la kan..."air tak cantik lah.." maka hasil pun agak kurang pada operasi kali ini.
Operasi tamat agak awal sebab terang tanah lagi dah sampai jeti...tapi yang peliknya, air sungai tu tak abih-abis lagi keluar ke laut...beso bebeno pasangnya...
Putet berjaya mencapatkan lesen bot. Tapi lesen Agung hanya diputuskan bila sampai ke rumah di mana perolehan lesen Agung hanya diboleh dikeluarkan oleh KDN beliau..hahahah...
Semoga persembahan Putet kepada KDN beliau berjaya mendapatkan lesen beserta permit untuk menyertai operasi berikutnya...
Ops Sawan Buntal Lokasi : Pengkalan Kota, Ledang Target : 70kilo udang. saiz apa pun tak kisah Ketua : Botak a.k.a Petaiman Ahli:
Botak - KD
Apit - Asisten KD
Naim Duri
Musafir
Emi Nam
Putet
WB
Tetamu Undangan:
Afik
Bali
Sinopsis:
Geng dari Kluang gerak pukul 11 malam. Sampai Kedai Mamak Bukit Gambir pukul 12.30 malam.
Geng Ledang tunggu je kat rumah. Pukul 12.30 malam baru pegi kedai Mamak jumpa geng-geng Kluang.
Sampai Homestay Pak Itam merangkap kubu UMNO pada pukul 1.30 pagi.
Sok pagi-pagi, kedai pun belum bukak, geng-geng Jiwatenang dah sampai tercongok kat jeti. Pakcik Jumat tokey bot pun lum bangun tido tapi sebab duit dah nak masuk, semangat dia datang gak.
Botak selaku KD menetapkan bot mengikut taktikal beliau
Taktikal:
Bot 1 - Botak & Apit
Bot 2 - Emi & Putet
Bot 3 - Musafir & Naim Duri
Bot 4 - WB, Afik & Bali
Mula-mula hasil bole tahan la gak. Paling kurang boleh target 150 ekor la hari ni.
Tapi keadaan berubah bila Botak disampuk hantu buntal sungai. Tak tau la macam mane bole kene pulak pagi-pagi tu. Tau-tau dia dah kesawanan ke hulu ke hilir sungai je kerjanya.
Sebab sumpahan pemancing lain yang tak tepat kene kat Botak, 4 ekor kuda jenama Mariner bot 2 yang dinaiki Emi dan Putet yang terkena. 4 kuda tersebut terkujat-kujat lalu terus tidak sedarkan diri.
Bot 3 mengambil langkah selamat dengan Musafir memacu 2 kuda VTech Turbo ke kawasan yang agak jauh untuk mengelakkan jangkitan sawan dari Bot 2.
Keadaan Botak bertambah kritikal setelah Apit selaku awak-awak menaikkan jongkong. Keadaan sungai Muar semakin huru-hara. Sungai yang tenang berubah bergelora dengan serta merta.
GPS Udang buatan Jepun yang dibeli sebelum operasi dijalankan menunjukkan udang-udang bertempiaran lari-lari udang menuju ke hilir sungai.
Udang-udang yang lari diselamatkan oleh seorang rakyat tempatan dengan meletakkan jaring merentang sungai menyebabkan hanya 2 ekor kuda tunggangan Musafir dan Naim Duri yang berjaya melepasinya. Walau bagaimanapun, kuda-kuda tersebut tetap gagal mengejar udang-undag tersebut.
Sehingga waktu tengahari, Botak masih tidak dapat dipulihkan. Apit juga kelihatan semakin tidak berpuas hati. Apatah lagi Emi dan Putet kerana kuda-kuda mereka masih dalam keadaan koma.
5 ekor kuda yang membawa WB dan tetamu jemputan menjadi penyelamat kepada Emi dan Putet. Jadi 5 kuda membawa 5 orang beserta 4 kuda yang masih koma tadi.
Udang dalam sungai semakin ketakutan melihat Botak yang sawan teruk dan semakin galak melarikan diri. Udang juga jahat kerana melarikan diri bersama umpan yang ada pada mata kail.
Buntal juga sangat rajin membantu memutuskan tali-tali pancing. Disyaki udang telah bekerjasama dengan buntal untuk mematahkan operasi ini.
Botak masih lagi tenat. Pada pukul 6 petang, satu ritual pemulihan dijalankan dengan upacara diketuai oleh Putet menjadikan Botak kembali sedar dari sawan yang panjang.
Naik jeti balik pukul 6.30 petang.
Botak telah pulih tetapi Apit pula diserang angin Barat Daya sehingga separuh koma. Ferio Naim Duri menjadi pula menjadi huru-hara. Namun Musafir pantas membaca mentera pemulih semangat dan membri suntikan penenang hingga Apit tertido.
Minum di Gersik dan pulang. Apit masih tido kerana dos yang diberikan Musafir agak tinggi.
Dalam perjalanan, singgah di Ayer Hitam. Sampai di rumah, Apit dikhabarkan telah pulih 80%.
Operasi tamat dengan desas desus perletakan jawatan oleh Botak kerana tidak tahan dengan tekanan yang diberikan. Namun kelulusan perletakan Botak hanya akan diputuskan dalam Mesyuarat Bulanan Jiwa Tenang pada tarikh yang tak tau bila.
OPS Petai Lokasi: Tunjuk Laut Target: 10 kilo udang galah Ahli:
Botak a.k.a. Raja Petai
Putet
Naim Duri
Panglima
WB
Sinopsis:-
Mula masuk port tepat 10.30 pagi. Bot mula-mula booking 2 tapi yang dapat cuma 1. Tu pun saiz 18 kaki. Peh heaven nye. Luas macam boleh main bola. So 5 orang dalam satu bot yang besar dengan enjin cuma 5 ekor kuda.
Cuaca mula-mula je panas. Tapi start kul 11 pagi dah mula gelap. Hujan kejap, panas kejap, pastu hujan balik, pastu tak hujan, pastu hujan balik. Macam tu le seterusnya sehingga petang.
Umpan cuma ada ruat besar je. Umpan lain semua habis sebab ramai sangat orang yang turun.
Naim Duri juara sebab paling banyak dapat. Ntah apa perewang dia bawak tak tau le. Tapi disyaki hikmat mencelup spender pada minit pertama pancingan merupakan senjata beliau pada hari itu.
Putet berjaya memecahkan rekod peribadi beliau dengan hasil yang boleh tahan. Rezeki orang lepas pantang.
Botak mula-mula memang handal. Tapi last-last dia mabuk petai. Sehingga 6.24 petang, lebih 245 kali ungkapan "Petai tadi le yang buat aku jadi macam ni" diulang.
Teknik pasang umpan - mula-mula je potong dadu. Lepas tu main belasah je.
Port -
Port Celup - Naim Duri je yang ok
Port Kencing - Cemerlang
Port Ular - Hampeh
Port B - Hampeh
Port bawah - Hampeh
Port Tunggul - Cemerlang
Port Petai (Baru) - Cemerlang
Operasi ditamatkan pada 7.00 petang dengan hasil cuma 1.4 kilo udang berjaya ditawan.