Thursday, January 26, 2012

Udang Untuk Zana

Ops Mencari Lesen Agung
Lokasi : Tunjuk Laut
Target : 2 kilo je...cukup la nanti habis Botak marah
Ketua : Tiada sebab Botak digantung tugas.
Ahli :
  1. Putet
  2. Emi Nam
  3. WB (tp lepas ni nak tukar nama Albatross sebab baru jumpa nama tu)
Sinopsis:
  • Operasi dirancang sebab:
    • Putet nak carik lesen bot
    • Emi tak puas hati sebab operasi yang lepas 4 kuda dia lumpuh
    • Sebab Botak..tapi tak tau sebab apa...(mungkin sebab petang tadi dia taknak ngeteh dengan aku..hahahah)
  • Gerak awal gak dalam pukul 6.15 pagi. Sarap dekat port biasa. Berlagak taknak bungkus makanan la konon. Last-last apa pun takde melainkan hanya biskut-biskut kering je...haha..
  • Sampai jeti Zam, air pasang besar yang amat...rumah Zam pun kene air...nasib baik rumah dia tinggi.
  • Nak kejut kuda bangun tido punya la payah..mungkin kesan pacuan Botak dalam operasi yang lepas telah memenatkan kuda-kuda tersebut...
  • Putet diuji dengan pemanduan jauh. Tu pun sebab borang permohonan dia tulis 'Lesen Pemanduan Jauh'..jadi dia kene la bawak kuda-kuda tu jauh ke dalam...
  • Rupa-rupanya panjang juga sungai sedili tu...kejap kecik, kejap beso, pastu keecik balik, pastu beso balik...
  • Arus jangan cakap le...kuat dah macam jeram kat Amazon (tak pernah pergi pun tapi tengok dalam TV lebih kurang macam tu le..)
  • Banyak lagi port-port kat atas tu..Antara port baru yang dijumpai:
    • Port Lintah
    • Port Reba Timbul
    • Port Corner
    • Port Pakcik Stress
    • Port Redup
    • Port Panas
  • Port Kencing yang selama ini dikuasai sepenuhnya oleh Jiwatenang sungguh menghampakan.
  • Kaedah operasi agak hard core kerana Putet bukan sahaja mencari lesen bot, malah mencari lesen nan Agung dalam operasi udang yang akan datang...
  • Tapi macam biasa la kan..."air tak cantik lah.." maka hasil pun agak kurang pada operasi kali ini.
  • Operasi tamat agak awal sebab terang tanah lagi dah sampai jeti...tapi yang peliknya, air sungai tu tak abih-abis lagi keluar ke laut...beso bebeno pasangnya...
  • Putet berjaya mencapatkan lesen bot. Tapi lesen Agung hanya diputuskan bila sampai ke rumah di mana perolehan lesen Agung hanya diboleh dikeluarkan oleh KDN beliau..hahahah...
  • Semoga persembahan Putet kepada KDN beliau berjaya mendapatkan lesen beserta permit untuk menyertai operasi berikutnya...

Album:







Sekian...Botak, bila nak fight nih?

No comments:

Post a Comment