Lokasi : Pengkalan Kota, Ledang
Target : 70kilo udang. saiz apa pun tak kisah
Ketua : Botak a.k.a Petaiman
Ahli:
- Botak - KD
- Apit - Asisten KD
- Naim Duri
- Musafir
- Emi Nam
- Putet
- WB
- Afik
- Bali
Sinopsis:
- Geng dari Kluang gerak pukul 11 malam. Sampai Kedai Mamak Bukit Gambir pukul 12.30 malam.
- Geng Ledang tunggu je kat rumah. Pukul 12.30 malam baru pegi kedai Mamak jumpa geng-geng Kluang.
- Sampai Homestay Pak Itam merangkap kubu UMNO pada pukul 1.30 pagi.
- Sok pagi-pagi, kedai pun belum bukak, geng-geng Jiwatenang dah sampai tercongok kat jeti. Pakcik Jumat tokey bot pun lum bangun tido tapi sebab duit dah nak masuk, semangat dia datang gak.
- Botak selaku KD menetapkan bot mengikut taktikal beliau
- Taktikal:
- Bot 1 - Botak & Apit
- Bot 2 - Emi & Putet
- Bot 3 - Musafir & Naim Duri
- Bot 4 - WB, Afik & Bali
- Mula-mula hasil bole tahan la gak. Paling kurang boleh target 150 ekor la hari ni.
- Tapi keadaan berubah bila Botak disampuk hantu buntal sungai. Tak tau la macam mane bole kene pulak pagi-pagi tu. Tau-tau dia dah kesawanan ke hulu ke hilir sungai je kerjanya.
- Sebab sumpahan pemancing lain yang tak tepat kene kat Botak, 4 ekor kuda jenama Mariner bot 2 yang dinaiki Emi dan Putet yang terkena. 4 kuda tersebut terkujat-kujat lalu terus tidak sedarkan diri.
- Bot 3 mengambil langkah selamat dengan Musafir memacu 2 kuda VTech Turbo ke kawasan yang agak jauh untuk mengelakkan jangkitan sawan dari Bot 2.
- Keadaan Botak bertambah kritikal setelah Apit selaku awak-awak menaikkan jongkong. Keadaan sungai Muar semakin huru-hara. Sungai yang tenang berubah bergelora dengan serta merta.
- GPS Udang buatan Jepun yang dibeli sebelum operasi dijalankan menunjukkan udang-udang bertempiaran lari-lari udang menuju ke hilir sungai.
- Udang-udang yang lari diselamatkan oleh seorang rakyat tempatan dengan meletakkan jaring merentang sungai menyebabkan hanya 2 ekor kuda tunggangan Musafir dan Naim Duri yang berjaya melepasinya. Walau bagaimanapun, kuda-kuda tersebut tetap gagal mengejar udang-undag tersebut.
- Sehingga waktu tengahari, Botak masih tidak dapat dipulihkan. Apit juga kelihatan semakin tidak berpuas hati. Apatah lagi Emi dan Putet kerana kuda-kuda mereka masih dalam keadaan koma.
- 5 ekor kuda yang membawa WB dan tetamu jemputan menjadi penyelamat kepada Emi dan Putet. Jadi 5 kuda membawa 5 orang beserta 4 kuda yang masih koma tadi.
- Udang dalam sungai semakin ketakutan melihat Botak yang sawan teruk dan semakin galak melarikan diri. Udang juga jahat kerana melarikan diri bersama umpan yang ada pada mata kail.
- Buntal juga sangat rajin membantu memutuskan tali-tali pancing. Disyaki udang telah bekerjasama dengan buntal untuk mematahkan operasi ini.
- Botak masih lagi tenat. Pada pukul 6 petang, satu ritual pemulihan dijalankan dengan upacara diketuai oleh Putet menjadikan Botak kembali sedar dari sawan yang panjang.
- Naik jeti balik pukul 6.30 petang.
- Botak telah pulih tetapi Apit pula diserang angin Barat Daya sehingga separuh koma. Ferio Naim Duri menjadi pula menjadi huru-hara. Namun Musafir pantas membaca mentera pemulih semangat dan membri suntikan penenang hingga Apit tertido.
- Minum di Gersik dan pulang. Apit masih tido kerana dos yang diberikan Musafir agak tinggi.
- Dalam perjalanan, singgah di Ayer Hitam. Sampai di rumah, Apit dikhabarkan telah pulih 80%.
- Operasi tamat dengan desas desus perletakan jawatan oleh Botak kerana tidak tahan dengan tekanan yang diberikan. Namun kelulusan perletakan Botak hanya akan diputuskan dalam Mesyuarat Bulanan Jiwa Tenang pada tarikh yang tak tau bila.
Album:
Sekian Terima Kasih...jumpa Lagi...
No comments:
Post a Comment