Friday, March 2, 2012

Kerana Kasihan, Dirimu Kulepaskan

Operasi Pemutihan Skala Besar
Lokasi: Lopak Pak Sas
Target: Semua
Ketua: Emi NAM
Ahli:
  1. Musafir
  2. Panglima - Komandan JPAM
  3. Kang Mas The Legend
  4. Incik Rusli
  5. Wak kawaka eyeh
  6. Incik Wan Le Run
  7. Pak Sas Tokey Lopak
  8. Azizan Sibu-sibu
  9. Albatross

Sinopsis:
  • Emi NAM cakap ada mangsa kemarau akibat projek empangan hidroelektrik. Mula-mula macam tak caye je. Tapi lepas pi tengok, peh memang kesian seh...
  • Team JT tak ramai yang boleh join sebab kesibukan meraikan hari Kemerdekaan buat pertama kali. Jadi kene lah rekrut ahli baru secara tiba-tiba dan tiba-tiba jugalah ada yang daftar jadi ahli.
  • Panglima memulakan operasi dengan bijak dan berani mati. Pastu baru lah sorang dami sorang ahli turun menyelamat.
  • Mangsa semakin panik lantas terus menjadi semakin tidak tentu arah. Ini memudahkan lagi operasi yang dijalankan secara besar-besaran.
  • Kegalakan operasi menyelamat semakin tidak dapat dibendung lagi hinggakan anggota penyelamat menggunakan tangan kosong untuk menyelamatkan mangsa-mangsa yang bersaiz sebesar pintu bilik opis Ketua Stesen.
  • Kang Mas menggunakan segala jampi dan mantera dari Barat Daya Sulawesi bagi melancarkan lagi operasi.
  • Panglima pula menggunakan jurus 'dari air ke darat' dan berjaya menyelamatkan lebih dari 100 nyawa.
  • Emi NAM memindahkan beberapa mangsa ke penempatan baru yang dengan siap dibina dalam tempoh yang amat singkat. Tindakan itu walau bagaimanapun telah diambil kesempatan oleh Musafir selang beberapa minit kemudian.
  • Mangsa-mangsa yang berjaya diselamatkan berjaya diselamatkan kembali kepada bekas-bekas anggota penyelamat. Ada mangsa yang juga selamat disiang oleh Penglima dan Emi NAM.



Total Hasil: 30-40 kilo (kawan tak dapat nak agak sebab banyak sangat...huhu)


Tarikh 1 Mac 2012 diisytihar bukan sahaja Hari Kemerdekaan, malah juga akan diturut dicatat dalam sejarah sebagai Hari Pembebasan Spesis Tersepit. Dengan itu, sebagai mengenang tarikh ini, acara membebaskan spesis tersepit akan diadakan pada 1 Mac setiap tahun berkuatkuasa serta-merta. (Perlembagaan Jiwa Tenang: Bab 3, Bahagian 5)


Bukti:











 

No comments:

Post a Comment