Tuesday, January 3, 2012

Renew Lesen 2012

OPS Renew Lesen
Lokasi: Tunjuk Laut
Target: Udang yang besar2
Members:
1. Musafir
2. WB


Report:
Only 1.3kilos udang + sebarau + baung.


Gelombang Kedua

OPS Gelombang Kedua
Lokasi: Port Sebarau
Target: Sebarang
Ahli:
1. Shah Pilot (ahli baru) - Tekong
2. Musafir
3. Al
4. Botak (ahli baru)
5. Panglima
6. Naim Duri
7. WB


Sinopsis:
Tanpa sebab yang munasabah, tiba-tiba misi dilaksanakan...






Jaringan Terbaik

OPS Jaringan Terbaik
Lokasi: Tasik Pam Air a.k.a Port Sebarau
Target: Sebarang
Ahli:

1. Alhafis (Tekong)
2. Musafir
3. Panglima
4. Naim Duri
5. Emi Nam
6. Apam
7. Kang Mas (Otai)
8. Ijan 3G (Ahli baru)
9. WB



Report:
Hujan yang lebat secara berterusan pada time penghujung 2011 menyebabkan empangan port sebarau tidak mampu menahan sabar lagi. Lalu pecahlah ia lantas bertaburanlah ikan-ikan serta hidupan akuatik dengan riang dan gembira. Yang tak gembira mungkin cuma pihak-pihak berkaitanlah sebab kene pulak nak merepair empangan tersebut.




Di kala ada pihak yang pening, ada juga pihak yang meraikan peristiwa ini. Pihak itu tak lain ialah geng-geng JT. Satu pelan drastik dirangka dan keputusan dibuat selepas 3 saat perbincangan.








Ahli JT terbaru - Al


Thursday, October 6, 2011

Dah lama dah kan..tapi tu lah..

Dah lama senyap kan...bukannya apa..sebab tiada trip yang dilaporkan...kalau ada pun trip-trip peribadi..kalau tak dengan anak sedara, dengan adik beradik...


jadi tetibe je satu hari yang dah tengah hari, ada le idea-idea yang tetibe..maka sampai kat satu area yang pernah diblacklistkan satu ketika dulu..tujuannya hanya satu; menjebakkan satu ahli JT sayap sisik ke sayap jenggo...


tapi tu lah kan...bila semuanya tetibe, maka semuanya tak cukup...dengan port tak tau nak ke mana, umpan lak boleh takde yang ada...maka macam biasalah...hahahahaha...


JT terjebak:
1. Musafir (Tekong)
2. Panglima
3. Anas Siam
4. WB

Thursday, March 24, 2011

Benut disenarai hitam

BENUT: Mahkamah Tinggi JT menjatuhkan hukuman dengan menyita kediaman tertuduh, Apek (panggilan di Sarawak) selama 30 hari berkuatkuasa serta merta. Hukuman dibuat selepas pihak defendan gagal untuk meyakinkan juri dalam perbicaraan yang berlangsung selama 14 hari. 


Dalam perbicaraan, defendan gagal menjawab soalan bertali arus dari pihak pendakwaan yang diketuai oleh Pendakwaraya Musafir a.k.a Abfaisha dan dibantu oleh Panglima, Naim serta WB.


Tertuduh yang diwakili Peguambela Basir dan Peguambela Wak Din memohon 2 minggu untuk menyediakan hujahan rayuan.


Hukuman seperti ini adalah pertama kali dalam Mahkamah Tinggi JT dan menjadi catatan sejarah dalam perundangan JT.


Apek dituduh tidak mengendahkan kedatangan pihak berjiwa tenang dan berlaku sombong tanpa menghiraukan hati dan perasaan orang lain.



Thursday, March 17, 2011

pabile orang kate takde...

"besok aku tak kira..kalau ko taknak join, sorang pun aku pergi gak.."Begitulah kedengaran luahan seorang ahli JT yang agak kurang tenang jiwanya...

Kerana tidak sampai hati membiarkan beliau terus menurun tahap ketenangannya, maka dengan tabah kawan menyertai trip beliau yang dinamakan Trip Panglima ke Masjid....

Pagi yang tak berapa pagi dan dengan cuaca yang tak berapa panas, maka kami pun bergerak ke lokasi yang belum ditentukan pun lagi...setelah pikir punya pikir, tetibe je tiba di lokasi yang dengar-dengarnya tiada spesis yang hendak ditarget...."Mana ada ***** kat situ...air besar ni...semua dah naik ke hulu," kata seorang Otai dengan sangat yakin...

Demi membuktikan kata-kata itu kurang benar dan dengan prinsip ***** itu berenang, maka dilakukan ujian di beberapa lokasi di sekitar Gambar 1...


Gambar 1. Spot-spot ujian


Objektif hanya untuk memenuhkan akuarium milik Musafir dengan tujuan menghiburkan anak beliau di kala sang bapa mencari rezeki untuk keluarga...

Gambar 2. Antara yang cantik...


Sekian...


*Emi Nam jangan marah eh...hihi...

Wednesday, March 9, 2011

7 Gayung Air Mawai

Pagi hari kejadian…2 helai bot….maka berbekalkan azam mencari ketenangan..dan berpandukan Panglima, kami cuba mengesan lokasi yang sesuai untuk menimba 7 gayung untuk dibuat penawar jiwa…

Beberapa lokasi dikenalpasti sepeti port pintu gerbang, port kencing, port batang berjuntai, port plastic merah dan port pacik kerek….

JT terjebak:
  1. Naim Duri
  2. Musafir
  3. Panglima
  4. WB