Tuesday, January 3, 2012

Jaringan Terbaik

OPS Jaringan Terbaik
Lokasi: Tasik Pam Air a.k.a Port Sebarau
Target: Sebarang
Ahli:

1. Alhafis (Tekong)
2. Musafir
3. Panglima
4. Naim Duri
5. Emi Nam
6. Apam
7. Kang Mas (Otai)
8. Ijan 3G (Ahli baru)
9. WB



Report:
Hujan yang lebat secara berterusan pada time penghujung 2011 menyebabkan empangan port sebarau tidak mampu menahan sabar lagi. Lalu pecahlah ia lantas bertaburanlah ikan-ikan serta hidupan akuatik dengan riang dan gembira. Yang tak gembira mungkin cuma pihak-pihak berkaitanlah sebab kene pulak nak merepair empangan tersebut.




Di kala ada pihak yang pening, ada juga pihak yang meraikan peristiwa ini. Pihak itu tak lain ialah geng-geng JT. Satu pelan drastik dirangka dan keputusan dibuat selepas 3 saat perbincangan.








Ahli JT terbaru - Al


Thursday, October 6, 2011

Dah lama dah kan..tapi tu lah..

Dah lama senyap kan...bukannya apa..sebab tiada trip yang dilaporkan...kalau ada pun trip-trip peribadi..kalau tak dengan anak sedara, dengan adik beradik...


jadi tetibe je satu hari yang dah tengah hari, ada le idea-idea yang tetibe..maka sampai kat satu area yang pernah diblacklistkan satu ketika dulu..tujuannya hanya satu; menjebakkan satu ahli JT sayap sisik ke sayap jenggo...


tapi tu lah kan...bila semuanya tetibe, maka semuanya tak cukup...dengan port tak tau nak ke mana, umpan lak boleh takde yang ada...maka macam biasalah...hahahahaha...


JT terjebak:
1. Musafir (Tekong)
2. Panglima
3. Anas Siam
4. WB

Thursday, March 24, 2011

Benut disenarai hitam

BENUT: Mahkamah Tinggi JT menjatuhkan hukuman dengan menyita kediaman tertuduh, Apek (panggilan di Sarawak) selama 30 hari berkuatkuasa serta merta. Hukuman dibuat selepas pihak defendan gagal untuk meyakinkan juri dalam perbicaraan yang berlangsung selama 14 hari. 


Dalam perbicaraan, defendan gagal menjawab soalan bertali arus dari pihak pendakwaan yang diketuai oleh Pendakwaraya Musafir a.k.a Abfaisha dan dibantu oleh Panglima, Naim serta WB.


Tertuduh yang diwakili Peguambela Basir dan Peguambela Wak Din memohon 2 minggu untuk menyediakan hujahan rayuan.


Hukuman seperti ini adalah pertama kali dalam Mahkamah Tinggi JT dan menjadi catatan sejarah dalam perundangan JT.


Apek dituduh tidak mengendahkan kedatangan pihak berjiwa tenang dan berlaku sombong tanpa menghiraukan hati dan perasaan orang lain.



Thursday, March 17, 2011

pabile orang kate takde...

"besok aku tak kira..kalau ko taknak join, sorang pun aku pergi gak.."Begitulah kedengaran luahan seorang ahli JT yang agak kurang tenang jiwanya...

Kerana tidak sampai hati membiarkan beliau terus menurun tahap ketenangannya, maka dengan tabah kawan menyertai trip beliau yang dinamakan Trip Panglima ke Masjid....

Pagi yang tak berapa pagi dan dengan cuaca yang tak berapa panas, maka kami pun bergerak ke lokasi yang belum ditentukan pun lagi...setelah pikir punya pikir, tetibe je tiba di lokasi yang dengar-dengarnya tiada spesis yang hendak ditarget...."Mana ada ***** kat situ...air besar ni...semua dah naik ke hulu," kata seorang Otai dengan sangat yakin...

Demi membuktikan kata-kata itu kurang benar dan dengan prinsip ***** itu berenang, maka dilakukan ujian di beberapa lokasi di sekitar Gambar 1...


Gambar 1. Spot-spot ujian


Objektif hanya untuk memenuhkan akuarium milik Musafir dengan tujuan menghiburkan anak beliau di kala sang bapa mencari rezeki untuk keluarga...

Gambar 2. Antara yang cantik...


Sekian...


*Emi Nam jangan marah eh...hihi...

Wednesday, March 9, 2011

7 Gayung Air Mawai

Pagi hari kejadian…2 helai bot….maka berbekalkan azam mencari ketenangan..dan berpandukan Panglima, kami cuba mengesan lokasi yang sesuai untuk menimba 7 gayung untuk dibuat penawar jiwa…

Beberapa lokasi dikenalpasti sepeti port pintu gerbang, port kencing, port batang berjuntai, port plastic merah dan port pacik kerek….

JT terjebak:
  1. Naim Duri
  2. Musafir
  3. Panglima
  4. WB

Racun Si Ajak Linesman

Situasi 1
Pagi tu cuaca sangat baik…maka seperti rutin-rutin harian, kawan pun meronda-ronda mencari pasal…dan tiba-tiba pasal pun datang…Ajak yang sedang meniken menahan kawan dan berkata dengan eksen sekali, “aritu kawan main kat Kolin naik 80 ekor…” cilako betul…

Situasi 2
Musafir sedang dalam perjalanan ke tempat beliau bekerja…dengan semangat yang berkobar-kobar beliau menyetat enjin kereta dan dengan pantas bergegas untuk bertemu dengan ahli-ahli unit beliau…sedang dalam perjalanan, tetibe je seorang makhluk bertopeng menahan beliau…topeng dibuka dan Ajak le orangnya…”bos, aritu kawan main kat Kolin dapat 70 ekor”

Situasi 3
Naim Duri sedang sibuk duduk di bilik pejabat beliau sambil melayan teman rapatnya, En. Peter…dalam ketenangan jiwa tahap hening Subuh, beliau didatangi oleh Ajak…dengan Sepit kaler biru ditangan beliau…”aku ni bukan apa..saje nak tunjuk sepit ni kat ko…”kata Ajak bersahaja..

Apakah artinya semua ini…apakah jenis racun yang dikenakan kali ini….ketidak tenangan ini membuatkan Panglima selaku Bomoh Tenang melancarkan ritual menaik semangat..maka dari suara halus (yang hanya Panglima je yang dengar)…maka diputuskan perlu untuk mandi 7 gayung air Sg. Benut…dan tibe-tibe je kami sampai di Benut….tujuan hanya 1..memulihkan ketenangan jiwa!

Ritual memulihkan ketenangan cuma Naim Duri je yang dapat mengaplikasikan sepenuhnya sedangkan Musafir masih kurang tenang…kawan plak..cam biasa le…langsung tidak tenang….

Maka……


JT terjebak:
  1. Panglima
  2. Naim Duri
  3. Musafir
  4. WB

Di Benut lagi….

Kira macam trip suka-suka gitu…suka-suka pun dari pagi membawa ke malam…tapi macam haram…mesti Encik Apam yang dapat banyak….huh!...

Yang heran tu takde plak yang beso-beso singgah kat jeti tu…yang cenonet je….tu pun Encik Apam yang angkat…yang kawan dan Naim Duri haram takde sekor pun le yang nak sangkut…huhu…

Tapi semua tu tak mematahkan semangat kawan dan Naim Duri untuk terus berjuang…dan padan muka ko Apam…sampai malam le ko kene tunggu..hahaha…

JT terjebak:
  1. Apam 
  2. Naim Duri
  3. WB