Lokasi: Kg. Belukar Durian.
Target: 2 ekor je
Ketua: Kang Mas The Legend
Ahli:
- Musafir
- Emi NAM
- Panglima
- Albatross
Sinopsis:
- Berkumpul di rumah Kang Mas pada pukul 12.00 tengah malam. Setelah berbincang dan menerima taklimat ringkas dari Kang Mas selaku Tekong Otai, tepat jam 1.00 pagi, 2 kenderaan 4 roda bersama 5 ekor kuda mula bergerak ke destinasi.
- Singgah sahur di Ehsan Jaya, Kota Tinggi tepat 3.00 pagi sebab dengar loceng jam besar tu berbunyik.
- Lepas makan dan carik minyak, pastu terus je ke destinasi. Sampai kul 4.30 pagi.
- 4.40 pagi, ada yang dah start mancing. Tapi pukul 4.50 pagi semua pakat-pakat tido.
- Cuma Kang Mas je mungkin tak tido. Sebab dia yang kejut bangun semua ahli-ahli.
- Lepas setting semua kelengkapan, pukul 6.50 pagi, bot bergerak ke lubuk-lubuk berpotensi diketuai oleh Kang Mas.
- Tengah hari sampai ke Sg. Potong. Makan tengah hari, masakan Chef Mashodi. Menu nasik + ayam goreng 2 ketul + sayur goreng satu bekas.
- Trip berkesudahan pada pukul 6.30 petang.
- Gerak balik pukul 7.00 petang. Singgah makan di Ella 2, Bandar Tenggara. Sebelum balik, pembahagian hasil dijalankan.
- Jumlah hasil:
- Bot 1 (Kang Mas dan Panglima) - 59 ekor
- Bot 2 (Musafir, Emi dan Albatross) - 49 ekor
Album:
INFO:-
SEWAAN BOT DAN ENJIN DI JETI PAK ATAN (017-7118835) @ Kg. Belukar Durian.
Jeti - Sangat baik. Bersih dan kemas. Cuma kecik sikit la kot bila 2 atau 3 bot nak landing serentak.
Bot - Sangat baik. Bersih. Dijaga dengan rapi. Cuma berapa jumlah yang ada untuk disewakan tu tak berapa pasti.
Enjin - Ada satu je kot. Hehe.. Tu pun Panglima tak puas hati sebab ada problem. Boleh tanya Pak Atan lah kalau ada enjin lain untuk disewakan.
Servis - Paling baik. Siap tolong loading barang, pasang enjin, pasang seat dan lain-lain lagi. Kira masuk bot je terus gerak.
Harga - 2 Fiber + 1 enjin 2hp = RM70.00
*Call Pak Atan dulu untuk tanya sitausi semasa.














