JIWA TENANG ANGLERS

Jangan memancing jika jiwa tidak tenang...

Thursday, March 24, 2011

Benut disenarai hitam

BENUT: Mahkamah Tinggi JT menjatuhkan hukuman dengan menyita kediaman tertuduh, Apek (panggilan di Sarawak) selama 30 hari berkuatkuasa serta merta. Hukuman dibuat selepas pihak defendan gagal untuk meyakinkan juri dalam perbicaraan yang berlangsung selama 14 hari. 


Dalam perbicaraan, defendan gagal menjawab soalan bertali arus dari pihak pendakwaan yang diketuai oleh Pendakwaraya Musafir a.k.a Abfaisha dan dibantu oleh Panglima, Naim serta WB.


Tertuduh yang diwakili Peguambela Basir dan Peguambela Wak Din memohon 2 minggu untuk menyediakan hujahan rayuan.


Hukuman seperti ini adalah pertama kali dalam Mahkamah Tinggi JT dan menjadi catatan sejarah dalam perundangan JT.


Apek dituduh tidak mengendahkan kedatangan pihak berjiwa tenang dan berlaku sombong tanpa menghiraukan hati dan perasaan orang lain.



Posted by Unknown at 5:27 PM 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, March 17, 2011

pabile orang kate takde...

"besok aku tak kira..kalau ko taknak join, sorang pun aku pergi gak.."Begitulah kedengaran luahan seorang ahli JT yang agak kurang tenang jiwanya...

Kerana tidak sampai hati membiarkan beliau terus menurun tahap ketenangannya, maka dengan tabah kawan menyertai trip beliau yang dinamakan Trip Panglima ke Masjid....

Pagi yang tak berapa pagi dan dengan cuaca yang tak berapa panas, maka kami pun bergerak ke lokasi yang belum ditentukan pun lagi...setelah pikir punya pikir, tetibe je tiba di lokasi yang dengar-dengarnya tiada spesis yang hendak ditarget...."Mana ada ***** kat situ...air besar ni...semua dah naik ke hulu," kata seorang Otai dengan sangat yakin...

Demi membuktikan kata-kata itu kurang benar dan dengan prinsip ***** itu berenang, maka dilakukan ujian di beberapa lokasi di sekitar Gambar 1...


Gambar 1. Spot-spot ujian


Objektif hanya untuk memenuhkan akuarium milik Musafir dengan tujuan menghiburkan anak beliau di kala sang bapa mencari rezeki untuk keluarga...

Gambar 2. Antara yang cantik...


Sekian...


*Emi Nam jangan marah eh...hihi...

Posted by Unknown at 8:45 PM 3 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, March 9, 2011

7 Gayung Air Mawai

Pagi hari kejadian…2 helai bot….maka berbekalkan azam mencari ketenangan..dan berpandukan Panglima, kami cuba mengesan lokasi yang sesuai untuk menimba 7 gayung untuk dibuat penawar jiwa…

Beberapa lokasi dikenalpasti sepeti port pintu gerbang, port kencing, port batang berjuntai, port plastic merah dan port pacik kerek….

JT terjebak:
  1. Naim Duri
  2. Musafir
  3. Panglima
  4. WB
Posted by Unknown at 7:43 PM 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Racun Si Ajak Linesman

Situasi 1
Pagi tu cuaca sangat baik…maka seperti rutin-rutin harian, kawan pun meronda-ronda mencari pasal…dan tiba-tiba pasal pun datang…Ajak yang sedang meniken menahan kawan dan berkata dengan eksen sekali, “aritu kawan main kat Kolin naik 80 ekor…” cilako betul…

Situasi 2
Musafir sedang dalam perjalanan ke tempat beliau bekerja…dengan semangat yang berkobar-kobar beliau menyetat enjin kereta dan dengan pantas bergegas untuk bertemu dengan ahli-ahli unit beliau…sedang dalam perjalanan, tetibe je seorang makhluk bertopeng menahan beliau…topeng dibuka dan Ajak le orangnya…”bos, aritu kawan main kat Kolin dapat 70 ekor”

Situasi 3
Naim Duri sedang sibuk duduk di bilik pejabat beliau sambil melayan teman rapatnya, En. Peter…dalam ketenangan jiwa tahap hening Subuh, beliau didatangi oleh Ajak…dengan Sepit kaler biru ditangan beliau…”aku ni bukan apa..saje nak tunjuk sepit ni kat ko…”kata Ajak bersahaja..

Apakah artinya semua ini…apakah jenis racun yang dikenakan kali ini….ketidak tenangan ini membuatkan Panglima selaku Bomoh Tenang melancarkan ritual menaik semangat..maka dari suara halus (yang hanya Panglima je yang dengar)…maka diputuskan perlu untuk mandi 7 gayung air Sg. Benut…dan tibe-tibe je kami sampai di Benut….tujuan hanya 1..memulihkan ketenangan jiwa!

Ritual memulihkan ketenangan cuma Naim Duri je yang dapat mengaplikasikan sepenuhnya sedangkan Musafir masih kurang tenang…kawan plak..cam biasa le…langsung tidak tenang….

Maka……


JT terjebak:
  1. Panglima
  2. Naim Duri
  3. Musafir
  4. WB
Posted by Unknown at 7:28 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Di Benut lagi….

Kira macam trip suka-suka gitu…suka-suka pun dari pagi membawa ke malam…tapi macam haram…mesti Encik Apam yang dapat banyak….huh!...

Yang heran tu takde plak yang beso-beso singgah kat jeti tu…yang cenonet je….tu pun Encik Apam yang angkat…yang kawan dan Naim Duri haram takde sekor pun le yang nak sangkut…huhu…

Tapi semua tu tak mematahkan semangat kawan dan Naim Duri untuk terus berjuang…dan padan muka ko Apam…sampai malam le ko kene tunggu..hahaha…

JT terjebak:
  1. Apam 
  2. Naim Duri
  3. WB
Posted by Unknown at 7:03 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Risikan di Benut

“apa la susah-susah naik bot tengah hutan tu..aku fight dengan bongkok siap boleh order goreng pisang dengan the tarik lagi,” kata seorang otai di Opis M.
“banyak ke boleh dapat?”
“minggu lepas naik 3 helai smilang dengan 5 jongkong..” ujarnya lagi sambil menghembuskan asap rokok dengan muka yang agak eksen…

Aik…punya la kondusif port dia…kene tengok gak ni…Musafir yang kebingungan pagi itu bertindak meracun WB..dan tetiba je dah sampai ke Benut….

Maka test port pertama..naik 2 ekor…port cun..ada bumbung lagi…Cuma kene tunggu air pasang sket baru sedap main…

Port 2…memang kene tunggu air pasang….kedai goreng pisang pun lom bukak lagi..

Port 3…x test sebab segan….ada la hal-hal berbangkit sket..

Patah balik port 1…tetibe je macam terperasan satu kereta..haha..Otai JT mengantolkan diri..hehe….Kang Mas dengan anaknye ada di lokasi..baru je baling dah dapat..ceh..perewang apa le dia pakai agaknya tu…

Alih-alih ada port 4 plak…tapi macam tak berapa selamat dan menenangkan jiwa…

Dan pastu balik le…sebab ada orang kene balik rumah cepat sebelum lesen dibekukan oleh KDN…

JT terjebak:
  1. Musafir (Pilot)
  2. WB (Pemandu Arah)
Posted by Unknown at 6:51 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Mawai Hot Pursuit

Emi Nam tu la…dia le ni selalu sangat dok menyatakan ketakpuashatian ke atas si bongkok Mawai tu…boleh lagi dia cakap dia kena palat dengan mamat tokey bot tu…”apa barang pergi 3 orang dapat 7 je…pakcik deepan tu sesorang je naik 4 kelo…,” kata Zam tokey bot sambil mengusap perutnya…

Tetiba je suasana tenang waktu minum petang hari tu bertukar menjadi tidak tenang..jadi sebelum ketidak tenangan itu merebak ke jiwa geng JT, maka dengan pantas Musafir memberi pandangan untuk merepeat Mawai…dan tanpa persetujuan semua, trip itu diluluskan....

Jadi dengan ad hocnye memasing plan macamne nak kelepet bos memasing…haha…dan tetibe je pagi-pagi hari kejadian dah sampai ke Mawai tu…Dengan 2 helai bot berenjin, maka operasi mengejar si bongkok pun bermula….

Namun si bongkok bukan sebarang si bongkok…sampai tengahari si bongkok masih baru 2-3 helai….ini membuatkan Panglima dikerah menyeru si bongkok dengan ritual ala-ala suku kaum Senoi…penyeruan berjaya menggiyahkan pertahanan si bongkok dan selai demi selai berjaya ditumpaskan...

Operasi hari tu tamat lewat petang dengan hasil yang x berape boleh tahan pun sebenarnya….

JT terjebak:
  1. Musafir (Kapten Bot 1)
  2. Apam (Kapten Bot 2)
  3. Emi Nam
  4. Naim Duri
  5. Panglima AJ
  6. WB
Posted by Unknown at 6:30 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, March 7, 2011

PB Road Block – The Revenge

Ni sebab kawan tak puas hati atas kekalahan teruk 2 hari lepas…maka setelah meneliti jadual air, maka dengan gagahnya kete WCH tu masuk dalam port tu…peh...setelah bersusah payah, lepas matahari terbenam baru le sampai….cun! air baru nak pasang..

Malam tu kira sibuk gak le…boleh le dikatakan best untuk orang baru menggalah ni…

JT terjebak:

  1. Apam
  2. Naim Duri
  3. WB
Posted by Unknown at 7:44 PM 3 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Mula-mula Mawai….pastu belukar Durian…pastu….

Ni pun satu trip yang boleh tahan gila…dahle nak pi hari sabtu…pastu tempat mana nak pi pun tak tau rupa dia macam mane…maka sampai matahari dah penat bersinar, maka sampai le JT ke lokasi…amik ko fiber tinggal 1 jek…maka terbahagi 2 hari tu..satu naik fiber, satu lagi menebing….

JT terjebak:
  1. Putet
  2. Rahim Kenit
  3. Emi Nam
  4. Apam
  5. Naim Duri
  6. WB

Menebing punya le payah..bukan takat udang je, dengan akar pokok, batang kayu, ntah dengan bot tenggelam pun kene fight…maka atas kesedihan atas pemergian batu-batu ladung yang sia-sia dan sebelum jiwa jadi tak tenang, team menebing dengan ad hoc menukar hala ke tempat lain yang lebih menenangkan….

Pusing punya pusing akhirnya sampai ke belukar durian…air surut tapi sebab dah sampai, maka baling gak le umpan udang kedai Man ke dalam air…ada le setakuk jaring udang tu..tu pun dengan sekor sembilang dan berbelas ekor duri..jadi le buat main-main….

Geng fiber dengarnye ada hasil…Cuma letih sket je le kene mendayung….hihi…

Lepas tu…sambung next posting..
Posted by Unknown at 7:43 PM 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Menggalah pulak - PB Road Block (The Trial)

Sebab dah lama xde trip yang jauh sikit..dan ditambah lagi perintah berkunci di Pusat Latihan JT..maka dengan tetibe je ada satu mamat meracun geng JT untuk test mancing udang plak….pernah dulu-dulu dengor ada yang cakap “ah! Tak mau le main udang…apa stended x fight”…maka kata-kata itu cuma satu pandangan sebelum keterjebakan diri dalam arena penggalahan ni…nah! Sekarang geng JT semua dah ada bukan setakat 1 set, malah ada yang dah sampai 4 set udang dalam tempoh seminggu!...

Trip udang memula JT…test kat satu sungai di mersing….dari pagi dok jadi bangau sebab salah taiming…tapi last-last sebelum putus harapan, maka dikurniakan sedikit habuan bagi menambah racun sebagai permulaan kepada kegilaan mengudang ni…(tapi cam haram kawan leh kumpau berbirat dalam trip ni..huh..)

JT terjebak:
  1. Musafir
  2. Emi Nam
  3. WB
Posted by Unknown at 7:39 PM 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Galah

dulu-dulu la kan....part 3

Melebam kat Sg. Lebam

Rentetan  trip Kenyir…maka ada le geng JT yang jadi sawan nak mancing  atas bot..tambahan lak ada plak geng yang x dapat ikut ke kenyir sebab sebab-sebab teknikal…

Nama pun trip melebam..memang le sampai lebam berbirat muka yang pergi….tapi xpe..yang penting walaupun lebam, jiwa tetap tenang…


JT terjebak:

  1. Putet
  2. Emi Nam
  3. Zana 
  4. WB


Posted by Unknown at 7:31 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: JT dulu2

dulu-dulu la kan - Part 2

XPDC Kenyir

Selalu sangat berlatih pun tak guna gak jika tak dapat dipraktikkan di medan tempur...maka dengan objektif ingin ke level yang lebih tinggi, satu trip santai dan riang ria ke Kenyir telah dilancarkan pada Mei 2010...seramai 9 orang ahli terawal JT (time ni xde nama kumpulan lagi) menyertai cabaran ini...sebab hanya sorang daripada 9 orang yang pernah ke kenyir ni, maka seronok dia lain macam je...lagi nak dekat tarikh trip, lagi le gelabah...hari-hari dok tanya segala macam soalan...sampai soalan "ikan apa ada kat kenyir tu ha..?" "kenyir tu dalam dia berapa kaki ek..?" "besar mana le anaconda kat sana..?"...pun dimasukkan dalam perbincangan trip....

JT yang terjebak:

  1. Cikmat
  2. Bob Jepun
  3. Apam
  4. Emi Nam
  5. Munajad
  6. Panglima AJ
  7. Musafir
  8. WB

Perjalanan pergi punya le jauh bebenor je rasanya...puas tido..celik tak sampai-sampai...tido lagi...celik tak sampai-sampai...last-last dah tak boleh tido baru leh sampai....jauhnya rasa....

Kami naik TKP27 dengan Kapten Siam dan Ujang sebagai laksamana serta 2 geng Lubuk sebagai awak-awak...naik je bot semua dah sabar dah nak mancing kononnya..tp nah amik ko masuk ke tempat mancing je amik masa lagi 4 ke 5 jam...peh..tabah sungguh....

Trip punya la heaven...ikan tak dapat takpe janji jiwa tenang...makan jangan cakaple..rasanya memang tak sempat lapo pun...kira memang best le perkhidmatan Ujang kepada pelanggan-pelanggannya....




Posted by Unknown at 7:18 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: JT dulu2

Pusat Latihan JT

Dalam memantapkan kemahiran dalam segala macam teknik pancingan, geng JT sentiasa gigih berlatih di Pusat Latihan rasmi JT. Tak kira apa jua kaedah (kasting, bottom, pelampung etc), apa jua iklim (panas nak mampus, sejuk smpai gigil cam kene malaria mahupun suam-suam kuku) dan apa jua lokasi (tasik besor, semak samun, dalam kalvet, semak belukar dan bawah air terjun) akan ada ahli JT yang tekun memantapkan kemahiran memasing…


Walaupun memang dah ada di antara ahli JT yang dah kira tahap hebat-hebat gitu sebab dah berpuluh kali pi mancing laut dalam yang ada spesis monster, namun pemantauan tetap dijalankan di atas kehadiran ke kelas latihan...sebab hebat-hebat pun kekadang jadi bangau gak kan..hehe...di sebalik latihan-latihan berbentuk lahiriah, diselitkan juga kelas-kelas perbatinan yang mengandungi modul-modul sepeti pesan orang tua (petua), pesan orang muda (pemuda), ayat penunduk ikan dan lain-lain. Juga disertakan teknik menggunakan pendamping selaman dalam, atas air, dan sebagainya...

Fasilitator modul:
  • Teknik memujuk pokok melepaskan gewang (En. Apam)
  • Teknik memancing dengan gembira (En. Panglima AJ)
  • Teknik mengintai sebarau (En. Emi Nam)
  • Teknik bernafas guna insang macam ikan (En. Wak Tong)
  • Teknik melepaskan diri dari KDN (En. Munajad)
  • Memancing di air surut (En. Panjng Duri)
  • Teknik mengesan lubuk di lokasi yang sukar diduga (En. Musafir)
  • Bagaimana memancing di tempat yang selalunya tiada ikan (En. WB)
  • Penampilan sebagai pemancing profesional (En. Putet)


Posted by Unknown at 5:11 PM 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: JT Training

Thursday, March 3, 2011

dulu-dulu la kan....part 1

kalau nak dikenang-kenang...trip mula-mula yang melibatkan ahli JT ni kat  Sg. Johor kat Kg. Semanggar...tu pun lepas habis buntu x tau nak gi mana...spesis target pun x tau..main bedal je...ada le baung 3 ekor..hehehe...


JT terjebak:
  1. Apam
  2. Panglia AJ
  3. Musafir
  4. WB


Posted by Unknown at 3:44 PM 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: JT dulu2

Wednesday, March 2, 2011

Salam Pembukaan

Bila ada je plan nak pi trip, maka sibuk le memasing dok SMS sana sini, call sana sini, sibuk bebenor tanya mana nak pi, naik kete sape, nak sewa bot kat mane, umpan ada jual kat situ ke x, berape agak-agak bajet dan beribu macam persoalan....Bila dah balik dari trip plak pun sibuk memasing dengan henpon dok SMS ngalahkan tok imam wirid lepas solat, tanya pasal hasil, port kat mane yang dapat banyak, bila nak bayar duit minyak dan ntah hapa-hapa lagi.....

Maka sebab susah sangat nak share maklumat, kenangan, jadual trip, port-port best nak pergi serta hasil-hasil sepencarian, maka ada le bunyik-bunyik di kalangan geng Jiwa Tenang nih...
"buat le satu laman ke, blog ke, hape ke..senang sket nak tengok-tengok..."
"ko le buat..dah ko punya idea"
"aku mane reti buat benda-benda tu"
"ye le..ye le..nanti aku buat le...tapi aku belasah je la ek..bukan pandai sangat pun.."

Pikir punya pikir, tetibe time pi riki port kat Pt Betak, Pak Cik si Naim Duri plak boleh cakap "mancing ni untuk orang jiwa tenang je.." Hah! tu nama sudah bagus...maka kawan pun dengan selambe je bagi nama geng-geng kawan ni dengan nama Jiwa Tenang...sorang dah setuju maka kira semua setuju je la ye..hehehe...

semua laporan ini kawan sedut dari http://groups.google.com/group/jiwatenang


Posted by Unknown at 11:56 PM 4 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: JT Intro
Newer Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)

kisah-kisah

  • ►  2012 (10)
    • ►  March (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (7)
  • ▼  2011 (16)
    • ►  October (1)
    • ▼  March (15)
      • Benut disenarai hitam
      • pabile orang kate takde...
      • 7 Gayung Air Mawai
      • Racun Si Ajak Linesman
      • Di Benut lagi….
      • Risikan di Benut
      • Mawai Hot Pursuit
      • PB Road Block – The Revenge
      • Mula-mula Mawai….pastu belukar Durian…pastu….
      • Menggalah pulak - PB Road Block (The Trial)
      • dulu-dulu la kan....part 3
      • dulu-dulu la kan - Part 2
      • Pusat Latihan JT
      • dulu-dulu la kan....part 1
      • Salam Pembukaan

Pageviews last month

rakan sekutu...

budak Jiwa Tenang

  • Unknown
  • panglima
Awesome Inc. theme. Powered by Blogger.